Thursday 20 December 2012

cinta monyet ubun2 pun lembut lg

Assalamualaikum
haaaa
apa macam baca status aku ni?
panjang bebenor dan tertarik x?
hau hau hau


so actually tajuk tu cuma istilah je
bkn dlm erti kata sebenar
ada maksud lain yg tersirat dalam tajuk tersebut
sapa tau maksud cinta monyet?
maksud dia bukan jatuh cinta dkt monyet mcm dlm gmbar atas ni
tp bermaksud lebih kurang mcm crush la
lebih kurg mcm tbe2 jatuh hati.. kah3~
selalu cinta monyet ni kna dkt budak2 atau remaja la
utk istilah "ubun2 pun lembut lg"
kalau sapa2 yg x tau ubun2 tu ap
dlm bahasa inggeris namaya "fontanelle"
dia slalu kawasan lembut dkt kepala bayi
istilah td ada kisah dsebaliknya
cerita dari ayah aku
masa dia umur 27 dn mnyatakan hasrat ingin mendirikan rumah tangga
arwah opah aku cakap

"udohla kome hisan, ubun2 pon lembut lg"


haha, kelakar plak rasa
tngok muka ayah ak atas ni
agak2 masa umur dia 27 ni ubun2 lembik lg x?
heheheee
mungkin opah ak susah nk lepaskan sbb ayah ak anak bongsu kot
sbb tu smpai ckp mcm tu
tp seriously comel ayat tu!
so, dikesempatan ni, sapa yg baca
sedeqahkan lah Al-Fatihah utk arwah opah & atok aku
Haji Ramly <3 Hajah Duyah

ok, selesai sudah muqaddimah
miahaha
btol la kan?
td tu cuma pendifinisian sahaja
ceritanya baru nak masuk :p
aku nak cerita tentang
cinta monyet aku masa ubun2 bjuta lg lembut dr ayah aku
kejadian ini terjadi ktika berumur 12 tahun, darjah 6 la kiranya
tp kecik2 dlu mna tau crush, tau smua benda tu masuk kategori cinta la
haha.. normal la kan?
x kan la kecik2 dlu korg x de crush langsung kan?
keh keh keh~


kisah dia mcm ni
di awal sesi persekolahan darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap




dalam kelas bahasa inggeris
teacher aku bernama Rawiyah
dia suruh ketua kelas ak panggil Nur Timah (bkn nama sebenar) kelas 6 pintar
yup! tu lah crush aku.. kah3
then dia pon dtg la kelas ak jumpa teacher
actually sebelum2 tu bnyk kali dah dia dtg time teacher panggil
tp ak x pndg pon dia, jaga pandangan mungkin?
miahahahaa
xdak la, mungkin ak sibuk main dgn kawan sebelah ak, Shahrizat
so that day dia dtg
ak terpandang la, "peeeerrgggghhh!"
ak pon x tau la ap reaksi ak sebenarnya
9 years ago maaa
kiranya ak terpana la dek kecantikan (actually comel + putih je)
yela, kecik2 dlu mna reti mnilai
tngok mak Sinchan dlm NTV7 tu pon rasa lawa
ahaha, then, ak trus ckp kt Shahrizat yg ak suka kt budak tu
dia pon ckp budak tu lawa tp dia x de la suka
mungkin sbb dia matang lebih kot dr ak
maklumla, budak lelaki paling tinggi kt skolah masa tu
berkawan dgn budak paling gemuk :p
start lepas tu, ak pon cari la info psl dia
dan yang ak dpt tau tarikh lahir dia 1 April 1991
time ak crush tu tengah bulan march
so ak dpt idea nak bg dia birthday card!
dah dekat dh ni
ak pon ape lg
berbekalkan RM2 yg parents ak bg tiap hari
ak ikat perut x makan sbb nak belikan dia hadiah tu
sminggu lebih gk kot
lama sebab ap tau?
sbb ak x main la kad2 yg kosong cmtu je
ak nak kad yg ad music + lampu2 tu
mcm kt bawah ni

*ni bkn kad aku, ni contoh

mahal kot kad2 mcm ni
mna dpt RM5-6 je selalu belas2 dkt 20 gk
then, disebabkan rumah ak jauh dgn pasaraya
ak buat deal dgn kawan perempuan kelas ak
nama dia Azreena
dia ni la yg bg info tarikh lahir tu
dan dia sudi belikan ak kad birthday
siap sudi utk tuliskn ayat cintan cintun lg kt dalam tu
wahahahahahaha!
serius x leh blah
ak pon x fhm knp diorang mmberi fullsport dlm perkara ini :p

1 APRIL 2003 TELAH TIBA!!

dada dudap dudap~
excited kemain kot
kad tu dah smpai kat tangan dia
dgn bantuan si Azreena td
muehehehehe
ternanti2 ap la jawapan dia kan?
pastu dtg la seorang budak perempuan dr 6 pintar dtg
dgn 1 kad dtangan mnunggu dpintu belakang kelas
heh~ bukan "Timah" yg dtg
tp Fatihah yg dtg
dia kenal ak sbb kelas fardhu ain petang sama
so ap yg korg ramalkn akn tjadi?
ramal dlu, dh puas ramal bru scroll ke bawah



































YAA!! @ TAAKK!! (bgantung pd ramalan korg, hau hau~)
kad yang ad ditangan Fatihah tu adalah kad yg aku bg
Fatihah ckp kat ak
"Timah" x trima atas sebab

AKU GEMOK!
WHAAAATTT!! (mcm gmbar bawah)


wahahaha, kurang asam btol
eventhough gemok, comel kot.. hek3
sedih sngt rasanya
tp x mnitik la air mata masa tu
ak amik kad tu
then kbtolan kt pintu blakang kelas kan
slalunya mesti ad tong sampah
ak koyak trus kad tu kt situ jugak
tanpa baca pon ap yg Azreena tulis
rasa nyesal plak, sbb smpai hari ni x tau ap dia tulis
miahahaha..
cebisan2 kad yg dah koyak tu
ak buang dlm tong sampah
yang ak simpan adalah
benda bunyi dlm kad tu
best kot, leh buat main2.. hoho
tp serius sedih, dah la kna tolak, 
kna hina plak tu

tmpat kjadian koyak mngoyak adalah blakang lencana tu, sbb kelas ak kt situ

then, Cikgu Alkhornie masuk,
dia ni cikgu math ak
dia ad style yg sngt best
stiap kali buat latihan math
sapa2 yg salah kna rotan
dan rotan ikut bulan
kalau bulan feb, salah satu rotan 2 kali kt punggung
kalau bulan ogos, salah satu rotan 8 kali la, fhm x?
haha, dan ak adalah pelajar tegar disebat
slalunya ak x nangis
tp hari tu ak kna sebat
meleleh-leleh air mataku ini habaq ang
cikgu pon pelik
dia ckp "awak ni kenapa hijan? sakit sngt ke?"
dlm hati ak ckp x sakit pon cikgu
tp ada benda lain lg sakit
budak2 perempuan yg tau cerita kesian kot dkt aku
wahahaha, poyos gile~
so smpai situ je la ceritanya
xde pon dendam dgn "Timah" tu dah
x tau pon dia ke mna lepas tu
yg x leh blah
time dpt result UPSR
ak dpt result 5A
tp "Timah" tu unfortunate so result dia kurang skit la berbanding ak
tp dsebabkan ak budak2 lg
dlm hati aku terdetik

"HAA, TU LA, TOLAK LG CINTA AKU! MUAHAHA *evil laugh*"

~THE END~ :D

p/s: mama ngan ayah x pernah tau kan cerita ni? hihi~ maaf ye sbb gatai terlebih, tu je last abg buat mcm tu, lepas tu anti wanita kejap.. hau hau hau :p

Thursday 25 October 2012

alkisah pelanggan

Assalamualaikum
dan selamat pagi smua
seperti biasa la
blog ni lama bersawang bersarang burung layang2
baru ad update
naseb ad sorg kwn Rifqi ckp knp x de update
dia post kt FB
ak pon x tau update ap dia tnya
so, ak assume dia ckp update blog
x kan update relation kot
kah3, ramai org ckp ak muka budak lg
like bru habis skolah gitew~ kua3~



esok bertarikh 10 Zulhijjah
bermakna Hari Raya Haji
so ak nak ucapkn
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
pd smua la kwn2 dkt UIA or dkt Mesir
taun ni ak braya dkt Malaysia
x dpt la nk mrasa tolong pegang kepala kambing masa nk sembelih
x dpt la nk tngok unta menggeletek2 ble urat merikh kna potong
x dpt nk tolong melapah kulit khoruf
hoho.. dkt mesir je dpt buat benda tu
sbb smua student lg
kalau kt sni kbnyakan org tua buat
tangan penuh2 dgn darah
baju x yah ckp la
mcm bru lepas murder org

*scary plak blog ak ni.. haha*

tp ak lebih hensem la dr mamat atas ni *hauhauhau*
x lama dah ni nk balik mesir
cuak gk la
tngok post kawan sekelas aku ni
nama dia Azyan
pelajar mumtaz 2 tahun brturut
dlm post tu ad tunjuk sticky note kerja yg perlu dbuat
dia yg gi kelas pon kerja pending
ak ni x tau brapa bnyk pending nnt
kna ikat kepala pastu kerja keras nih!
YYAAAAAARRRGGGGHHH!!
~teehee~

post kali ni bkn nak cerita psl raya haji
bkn juga nk cerita psl subjek sbb x gi kelas pon lg
tp nak cerita tentang seorang pakcik ni
jap2, kalau ak cerita tentang kburukan seseorang
tp x sebut nama, kira x ngumpat kan?
kira halal lah ni
hahaha

okeh
seperti biasa
venue tempat sama
warong kak nora
warong mak ak la tuh
satu petang yg hening
ak tngah trsenyum manis kiut2 melayan 1 family mnta bungkus pisang and keropok
tbe2 dtg sorg pakcik yg sgt familiar
senyuman yg td manis ranum pun mnjadi masam kelat
tp demi mnjaga hati pelanggan
ku gagahkn jua diri ini utk mngukir sekuntum senyuman

CUT!!
stop kejap
apakah yg berlaku antara ak dgn pakcik tu sebenarnya?
berminat nk tau? haha
meh sni ak habaq mai
guna ayat sama noh
satu petang yg hening
time tngah tngok sinetron indonesia kt tv
tbe2 dtg pakcik trsebut
sambil berdialog antara dia, pekerja gerai dan aku

pcik- smalam sy beli goreng pisang 2 ringgit, tp dapat 6 je.. kemain mahal.. mcm kuih plak seringgit 3?
pekerja-haaahh?? yeke?? x lah.. kalau sringgit ye la dpt 6
pcik- mna saya tau, org rumah sy pelik mahal sngt
pekerja-sapa yg bg eh smalam? 
pcik-entah, yang GEMOK ni rasanya *sambil jari menuding ke arah ak yg tngah kusyuk melayan sinetron indonesia kt tv*
aku-*berpaling lipat maut trus kat pcik sambil buat kening trangkat sebelah mcm ziana zain, bengang sbb dperkata sedemikian rupa. seraya berkata dgn nada yg masih lg lembut nk jaga hati pelanggan* xpa lah pakcik, kalau btol sy salah smalam, meh sy bg 6 pisang goreng free.
pcik-okey, bg tauhu sumbat seringgit
aku-okey *buat kerja dgn senyum tawar tp dalam hati rasa nk sumbat smua tauhu sumbat ni dlm mulut dia sbb panggil ak gemuk*
pcik-sy bru jatuh longkang dgn motor ni sbb elak kereta bla bla bla blu blu blu... 
aku-*lepas tu pakcik tu ad ckp lg, tp ak dh x masuk dlm kepala otak sbb dlm hati dok ckp haaa, padan la dgn muka tu, Allah byr cash sebelum kutuk ak lg.. rasakan pakcik rasakan!!*

so habis gitu je la
tu la sebabnya ak kureng skit ngan pakcik tuh
even kalau ak silap pon, x yah la panggil org cmtu
budi bahasa la skit
kot panggil ak adik manis ke
abg hensem ke
x pe la jgk
bkn 6 free
60 free pon ak sanggup bg
pfffttt!!
bikin panas je
ak nak sambung balik cerita dr awal tadi

ACTION!!
bila siap yg family td tu
ak tngok x de org lain yg nak lyn pakcik tu slain dr ak
org lain smua sibuk dgn kerja masing2
family td ad lg tngah tunggu ABC yg adik ak buat
maka ak pon mula la dialog dgn pakcik tu

aku-ye pakcik, pakcik nak apa?
pakcik-nak goreng pisang 2 ringgt.. dgr elok2 eh sy ckp.. 2 ringgit.. kang bg 6 ketul je.. nayo kek ore..*ckp kuat2 smpai family td mcm trtnya2 ap yg brlaku sbnarnya*
aku-*menyirap x dan dah kalau nk minum air sirap.. tarik nafas dalam2*

HOI PAKCIK! YG HARI TU DAH SETTLE KAN?  SY DAH BG FREE KAN? APE MASALAH LAGI? PAKCIK X PERNAH BUAT SALAH KE? KALAU DAH NK MATI NNT ORG DOK UNGKIT SALAH PAKCIK MASA MUDA DLU AP PAKCIK RASA? BRU PAKCIK TAU LANGIT TINGGI RENDAH.. KALAU AD KURANG APA2, BG TAU SY, JGN BG TAU ORG LAIN, TAKOT JD MNGUMPAT NNT, JGN BG TAU TERANG2 MCM NI, NNT MEMALUKAN SY!! *meletus*






tp smua tu dlm hati je.. huhu.. 
hembus nafas.. tp mmg x senyum dah.. 
bg ap yg dia nak, amik duit then trus pandang tmpat lain.. 
marah bebenor..

ada beza sebenarnya kalau berniaga dkt kawasan bandar n kawasan kampung
kalau bandar sewa mahal
kampung sewa murah
kalau bandar, ko x perlu nk jaga hati org lain sgt
sbb beratus2 lg org lain yg ad kt bandar tu
tp jgn la truk sngt layanan tu
kalau kampung ni
org sama je jd customer
stiap tingkah laku
cara layanan kena jaga
kalau silap mmg naya la
sbb nnt diorang akan cerita kt org lain
kalau x elok, smua org x nak dtg
and bisnes akan down
serius.. ni la pengalaman aku
x mudah jual goreng pisang ni
bnyk kena sabar and trima ujian
bila shari x dpt bnyk jualan kna sabar
mcm2 lagi lah
x habis mnulis kalau nk cerita
~sekian~




p/s: budak lelaki batch ak buat dinner ramai2.. jeles sbb ak xda.. hehe.. x pe la.. next time maybe.. congrates sbb masih lg jaga ukhwah antara kita.. moga berkekalan smpai bila2 insyaAllah :')

Sunday 5 August 2012

Summer Activity

Assalamualaikum
for this new post
i would like to write my story in English
can ah? can ah?
if Ahmad Azhar Misran can do it
i also can do it maa
wahaha
seriously susah gak nak speaking ni
so tak jadi la
ak prefer berbalik pada bahasa melayu
or bahasa rojak ke
or tak kisah la bahasa apa pon
ni blog aku, suka hati la nak tulis macam mana!!!
got problem huh?!

wuuuu.. budak ni comel


hmmmm
berdasarkan title post ni
dah boleh agak kot nak cerita apa
cerita tentang aktiviti musim panasku!
YYYEEEAAAYYY!!
Alhamdulillah selamat sampai ke Kuala Lumpur dekat sebulan lepas
bertarikh 10 Julai 2012
disambut oleh keluarga tercinta
actually kalau ikut perancangan awal
tahun ni tak rasa pun nak balik Malaysia
ingat nak stay di Mesir
menikmati musim panas lebih 41 darjah
menunggang unta dengan pelbagai cara
teeett!
kalau hampa nak tau
dekat tempat aku tak nampak pun unta
yang ada  cuma keldai je
aku nak tunggang keldai takut kaki dia patah
so, berhenti la fikir bila sebut mesir je terbayang unta
aku sarankan korang bile sebut mesir
terbayang la belly dancer ke
best kot, seksi gile, tengok ni

gambar terpaksa di edit sebab nampak pusat


WOOOHHAAAAA!!!
teeettt!!
maaflah mengarut skit
sumpah aku tak pernah lagi pergi benda maksiat macam ni
baik tak aku?
~meow meow meow~
bila sebut Mesir
ingat la pasal sejarah Nabi Musa A.S
ingat balik sejarah Salahuddin Al-Ayubi
ingat la pasal keindahan Sungai Nil
banyak sejarah islam yang ada pada Mesir ni
bukan terbayang unta, padang pasir,
and penari gelek perut lelaki yang macam gay
wakwakwkakaa

OK DAH!!
let's get back to our title
miahaha.. mengarut lebih
dekat mana ya tadi?
oo, tentang balik Malaysia
so tahun ni aku balik sebab ada kerja
parents aku minta tolong untuk bantu berniaga dekat warung kami
best best best
aku suka kot berniaga-niaga ni
aku tak suka sangat keuntungan
buktinya aku tak pernah kira berapa jualan aku
setiap hari aku terus ambil duit and bagi pada mama aku
dengan erti kata lain

"KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI"

wooohaaa~~
ok, here is the story
sebelum masuk bulan ramadhan hari tu
maknanya bulan syaaban
korang tau tak sebelum ramadhan tu syaaban!?
incase tak tau, sila ambil tahu
aku jual something yang simple je
yela, aku ni bukannya reti memasak sangat
just buat goreng pisang, keropok
bila aku menjual goreng pisang ni
baru aku tau goreng pisang pon ada banyak jenis
sebagai contoh yang aku jual
pisang nangka and pisang sematu @ abu
pisang nangka ni kalau makan
rasa macam masam and keras sikit
kalau pisang sematu @ abu tu
rasa manis dan lembik-lembik
so, depends pada customer dia nak pisang apa
tapi, kalau customer yang tak tau macam aku dulu
order je nak pisang goreng
aku pon bagi je la apa yang ada atas meja tuh
meh aku share sikit gambar

tempat menjual

pisang goreng. yang ni pisang nangka. gambar keropok lupa nak ambil

working place (^_^)


tapi tak lama pon aku jual macam ni
around 2 minggu je kot
then dah masuk bulan puasa
bila masuk bulan puasa
tukar la menu lain
kuih yang aku buat cuma 1 je
tak larat dan tak pandai nak buat banyak2
boleh buat tauhu sumbat je
senang and simple
kuih yang lain semua orang hantar
and kami charge 25sen dari setiap RM1 yang mereka dapat
kira macam bayar sewa tapak la
ni aku titipkan sedikit gambar
dan ayuh kita mengenali nama-nama kuih!

yang ini tauhu sumbat, ni je yang kami buat sendiri, kuah mama aku buat sedap gila bila makan dengan tauhu sumbat ni! tobat tak tipu!

atas tu seri muka (RM1=3),  bawah tu sekaya (RM1=2)

 kanan kuih lapis, kiri puteri ayu. ayu gila aku hampir tergoda (both RM1=3)

kiri tu namanya kuih kaswi
haaaahh!!
yang kanan ni
ni cerita panjang sikit
namanya cara manis
(both RM1=3)
serious sedap gila la kuih ni
dalam banyak-banyak kuih
kuih ni la aku paling tergila-gila
sebab apa?
sebab dia sedap la
kalau sapa yang tak tau
cara manis ni dalam dia ada cecair yg manis
so bila makan
time mengunyah tu
cecair dalam kuih tu meletup dalam mulut
wooohoooo!!
kesedapan yang tak terhingga
sedap weh.. berbuka hari ni aku nak bedal lagi!

kiri kuih sagu, kanan kuih gulung (both RM1=3)

kiri kuih bengkang bawang (RM1=3), kanan kuih cara berlauk (RM1=5)

ada lagi la kuih lain yang aku tak sempat nak ambil gambar
asam gumpal, roti jala, badak berendam kukus, dodol kukus, karipap, popia, lompat tikam, pulut panggang
kalau tak kenal, try la google, mungkin ada
tapi setiap hari ada 1 benda yang aku tak suka
tak suka kalau kuih banyak tak habis
kesian rasa dekat orang yang tak habis tu
selalunya diorang tak ambil balik kuih tu
diorang suruh kami ambil
and kami akan sedekah la dekat masjid yang berdekatan
so kepada siapa-siapa yang rasa bersimpati dengan mereka ni
meh la datang gerai aku dan borong semua kuih sekali
dan aku akan dapat upah lebih
muahaha
nonsense and main2 je
serius aku tak nak diorang rugi
meh datang meh
(^_^)

aku pun akan bedal skit kuih yang tak habis tu terutama cara manis! tapi tak la sampai habis. so korang jangan terkejut la tengok nanti aku makin sihat, dah hidup aku dikelilingi syurga kuih. nak buat macam mana ye dok? teeheee














p/s: result aku dah keluar, teruk nak mati result aku! tak tau la apa nak jadi. mungkin banyak sangat dosa. itupun nasib Allah bagi peluang kedua september ni untuk usaha, kalau tak, memang konfirm tak naik tahun la. kesian parent aku sebab aku balik tak boleh tolong lama kat gerai. sob3. sapa yang berjaya tu tahniah la. walaupon korang dah penat dapat ucapan tahniah. bersyukurlah


p/s2: walaupun seseorang tu tak sekolah agama and tak dapat ilmu macam budak sekolah agama dapat, tak semestinya dia tak tau what do and dont dlm bulan ramadhan ni. tau niat baik nak ingatkan. tapi depends tempat la. jangan tiba-tiba serang sampai orang  rasa dipandang rendah. padahal orang tu buat je amalan tu.

"hahaha! gemuk tu tak tau apa!"

wth, ko pon gemuk gak! bo0o0! pffftt~


Monday 25 June 2012

Insomnia (@_@)


x tau la pasai pa
dok terkebil2 atas katil
pusing sana
pusing sini
golek golek
sat kepala atas bantal
sat kepala bawah bantal
lama gila x leh tdo gk
ingt nak tdo awal
esok leh bngun subuh awal
byg ah subuh pukul 3
mmg menjadi habit lah istilah subuh "gajah" ni
pastu dah rancang skit punya bagus
lepas subuh x moh tdo
nk study Oral Histology (OH) sampai lebam
utk pengetahuan
buku OH ni yang paling tebal tahun ni
paling berat skali la
lebih skilo ak rasa berat dia
x caya tnya mmber aku rafiq
dia pernah tertido dlm kelas pastu buku dia jatuh atas lantai
tu diaaaa!!
mcm meriam bunyi buku jatuh
malu dok? kehkehkeh
smbung balik crita td
tp bila dah jd insomnia mcm ni
mmg tinggal kenangan la harapan dan impian tu
nak bukak buku rasa dah mual2
boleh nak bukak
tp dijamin seratus peratus baca bodoh je la
x masuk pa pon
aku pon x tau pa nak tulis
bosan gila
merapu2

owh ye
hari tu terbaca ad status kawan ak kt FB
dia ckp mcm ni

"BOYS ALWAYS START A RELATION WITH FRIENDSHIP,
BUT GIRLS ALWAYS END THE RELATION WITH FRIENDSHIP"

like seriously?
ni boys zaman bila ni
zaman skrg x mcm ni lah
skrg lelaki gentleman mcm ni

"SY BERKENAN LA KAT AWAK, SUDI X JADI ISTERI SY"

miahaha
stylo bukan?
baru kental dan berketak2
seems legit :p
meracau2 dah ak malam2 buta ni
kna pi berubat cepat

nota buku lali: tngah2 tulis post ni.. tiba2 dok kecoh kt bawah rumah.. arab bising2.. ape benda ntah.. gi la balcony usha ape hal.. tp gi usha pon tetap x tau gaduh sbb apa.. cuma dpt tngok sorg bwk pisau.. sorg bawak kayu.. OSEM! haha.. gini la perangai arab.. x leh salah skit.. trus mcm nak berbunuh2 =_='... bwh rumah ak ni mcm2 dah tragedi.. org lepas tembakan pistol pon pernah.. naseb x berhantu je.. hihiiiiiii :D

Sunday 17 June 2012

Selamat Hari Bapa XD

Assalamualaikum
So, hari ni ak nak bercoretan skit
walaupon tengah musim exam
insyaAllah ak rasa ak ad masa skit utk tulis sesuatu
sesuatu yg ak nak smua org tau tentang seorang lelaki


siapa lelaki dlm gambar ni?
meh aku cerita skit tentang lelaki ni
masa aku masih lg kecil
masih x reti nak mngunyah
tp nafsu aku besar
aku nak makan makanan orang2 besar
mcm nasi, mee, meehoon, kueytiaw
tp aku mana ada gigi
aku menangis2 nak jugak
sebab kesian kt aku
jadi lelaki ni lah
yang kunyahkan makanan tu utk aku
kemudian luahkan semula dan bg pada aku
utk ak rasa dan makan makanan tu
dan masa aku kecik jugak
aku kerap menangis
sebab aku ad asthma
so aku kerap ad hingus dalam hidung
tp ak x reti nak hembus
so, aku cume terus menangis dan menangis
sebab aku x selesa
ad alat utk sedut hingus
tp aku x suka benda tu
tau ap yang lelaki dlm gambar tu buat lastly?
dia guna mulut dia
utk sedut hingus dalam hidung aku
supaya aku boleh bernafas dgn selesa
dan x nangis lg
mungkin korang rasa benda tu jijik
tp bg aku itu adalah cinta dia pd aku
sungguh hebat lelaki itu


haha
aku tergelak bila tringat
semasa diri ini masih lg berusia "darjah"
lelaki itu agk garang denganku
dia kerap cek buku2 skolah ak
utk lihat sama ada ak dah siap kerja skolah atau tidak
satu hari ketika sedang bersantai menonton TV
ad 1 suara menyapa

lelaki X    -"hai, tngok TV je? x buat kerja skolah ke?"
aku          -"cikgu x bg kerja skolah la, mana ad kerja skolah"
lelaki X    -"yeke, meh sni smua buku skolah nak tngok"
aku          -"GULP" *smbil mngambil beg skolah dlm bilik*
lelaki X    -"haa! ni apa ni, bkn main bnyk lg telinga gajah cikgu bg?"
aku          -"urm, aaa.. yg tu x tau la, sbb tu la x jawab"
lelaki X    -"x ada alasan, skrg pergi masuk bilik, buat smua kerja skolah!"
aku          -*terdiam, dan bjalan dgn malas ke dlm bilik*

SETELAH BEBERAPA MINIT
(dimeja study)

mama        -"nah makan ni, mama ad buat cekodok, makanlah"
aku           -"heee.. sedap2! trima kasih mama"
aku           -*makan*
aku           -*makan*makan*makan*
aku           -*maaaakkkaaaann lg*

TBE2 AD SUARA MENERPA

lelaki X     -"td suruh buat kerja skolah ke suruh makan!"
aku           -*x sempat kunyah cekodok terlelan trus dan capai pensil buat kerja skolah*


rupenye lelaki tu tngok ak dlm bilik ikut reflection cermin almari dkt ruang tamu
yg memantulkan permandangan dr dalam bilik aku
ikut cermin kot!
super duper power
haha
x leh blah
lucu bile tringat balik
ak faham lelaki tu garang kerana ap
sbb dia nak lihat aku berjaya
trima kasih :D

dulu dia melihat perkembangan aku dr kecil hingga dewasa
kini setelah ak mampu menilai ap erti perubahan
aku dpt lihat perubahan dirinya kini yang semakin dimamah usia
dia sudah tidak lg garang
mungkin faktor usia mnyebabkan dirinya menjadi seorang yg penyabar
dan selalu tersenyum
*untungla adik gemuk aku yang last tu x kena marah2 sngt, x aci btol* :p
haha
x da la
aku rasa beruntung dan bersyukur sbb penah lalui zaman tu
semoga Allah rahmati hidup lelaki itu
nak tau sapa lelaki tu?
lelaki tu namanya

MUHAMMAD HISAN BIN RAMLY

my only daddy!
syg ayah sngt2
heee


tp
walaupon ayah sy dah tua
dia sngt aktif
berlari, joging,
main badminton la
main bowling la
main beskal la
dan pelbagai lagi la permainan termasuk FIFA dlm PSP =_='
ayah sy juga seorang yg kuat mcm badang
lihat beliau ketika sedang melempar cakera

*teehee*

love both of them :)

Monday 11 June 2012

My 21st Birthday :D

Bismillah
teehee
lama gila tak update
adoai pemalas gile la
aku ad hutang lg crita dkt sinai
smpai skrg x tulis pon psl cerita tu
xpa la, tangguh dlu la noh psl sinai tu ;(

Alhamdulillah
pd tarikh 5 Jun 2012 hari tu
ak dah cecah umur 21 tahun
fuuh fuuh fuuh
sumpah mmg x rasa la ak dah 21
really 21?!
btol ke 21?!
aiya.. serius ak rasa ak x cukup matang utk berumur 21 tahun
(T___________T)


trima kasih sahabat2 biasa dan juga sahabat special sbb bagi aku hadiah
dan juga wish2 yg simple tp comel
hadiah kdua yg aku dpt time birthday aku ni
(mesti tertnya2 ap hadiah first kan? HAHA tunggu~)
adalah gula2 skittle ngan coklat twix tu dlu
dr budak2 rumah sal, ecah, tasnim, is, dan jay
baguih depa ni.. rajin benor bg ak habuan
May Allah bless all of you noh


depa smua ada dalam gambaq ni
kcuali nomey (kiri skali) ngan anis salwa (ke-3 dr kiri)
ampa jgn ingt ak pervert ke pa tba2 ad gmbaq depa ni
ni ak jd mushrif time hantaq sal sakit balik. trima kasih :)
depa ni baek2 smua
untungla sapa2 dpt jadikan org rumah ka pa~
HAHAHA.. main2 ja noh

hadiah ke 3 yg dpt
dua coklat dairy milk dlm gmbaq atas td td
satu hazelnut, satu raisin
dua2 sedap gila!
yg ni diberi oleh jejaka kacak dalam gmbar ni


ini Mohamad Firdaus Jumodi
leh panggil "dauh" atau "dauh sri"
hensem orangnya.. haha!
dia yg bg ak coklat dan panggil aku "hyung" tu
baik kot dauh ni
suka berkhalwat kot malam2 dgn cinta dia
jgn fikir negatif lak
dauh ni slalu solat malam
cinta pd yg Maha Esa
respek2.. moga2 dpt jd mcm dia
dah berpunya ke belum?
haha.. x tau
kna tanya tuan badan sndiri noh :D

pada malam harinya
kami satu rumah pergi Mercato cafe
serius ak excited sbb first time pergi!!!
org lain dah bnyk kali dah pergi
tp ak dah 2 tahun kt sni, bru first time pergi.. isk3..
kat situ aku minum "vanilla frappe"
this time is ahmad turn utk belanja
yeay! seronoknya!

tx pengiran badiuzzaman for the great pic :)

dalam gmbar atas ni
Ahmad Azhar Misran yg pakai baju kuning tu
kalau x silap, dia ni konfirm dah berpunya
siap buat lagu lg utk ahmad ni
sape eh nama dia
adoai.. payah benor nak ingt
HAAA, AURORA SALWA
haha, x dak la melawak ja
nk tau kna tnya tuan badan jgk
so, habis dah cerita aku time birthday hari tu
BYE :)










































tet!
x aci la kan kalau x cerita apa hadiah first
hehe.. tx sbb sudi scroll lg ke bawah
ni la dia hadiah first yg aku dpt


ape ni ape ni?
tnya plak ni apa
ni wall post utk wish birthday la
bg hampa mungkin bukan hadiah
tp bg aku ni la hadiah yg ak tunggu2
dah la wish yg first skali.. terbaik2 :p
walaupon copy paste
tp terharu gk la sbb effort "dia" nak cari benda alah tu
teeeheee~~

hadiah lain dr dia ni dpt lewat skit
sbb org jauh kan~
so dsebabkan x nak kacau exam ak
dia dtg hari jumaat
belanja aku makan
dan juga bg ak mihun singapore dgn donut!
terbaik dan bnyk gila
mmg cukup utk 1 rumah ak makan


sedap woo
serius x tipu
trima kasih tersangat2
lepas ni boleh delivery lg noh
terharu2.. susah2 je..
hehe
so, pemberi2 hadiah yg lain dah kenal kan?
yg "dia" ni mcm mana?
nak tunjuk muka gk ke?
x yah la an
rahsia2~ haha
teeteettt!! 
x boleh, nnt ad org merajuk plak kan :p
ini dia..

SITI NABILAH BT HASHIM ;)




Thursday 2 February 2012

Hilang Barang


assalamualaikum
yeay! exam dah habis
and sudah bermulanya cuti winter break aku
aku baru je balik dari jaulah ke semenanjung sinai
tp aku x nak crita skrg
aku akan crita next post insyaAllah

utk post ni
bdasarkan tajuk di atas
ak nak cerita pasal aku hilang barang
aku teramat amat amat amat sedih bile hilang barang ni
nak tau aku hilang ap?
aku hilang handphone aku
Express Music 5800


ni bukan gmbar handphone aku
tp model yang sama la
(T_T)
sedih... teramat sedih ak rasa
sebabnya dah lama ak x hilang barang ni
almost 3-4 years la
sblum2 tu slalu je hilang barang
besela, dok asrama
smua x matang dok main curi2
so bile hilang brg dah rasa adapt
nak tau macam mana critanya?
meh sni aku crita


pada satu malam
bertarikh 27.1.2012
pada pukul 12 lebih2 pagi
haha.. x ingt exact minute
tp kire after midnight
aku mngorak langkah seorang diri dr kota kaherah ke tanta
selepas selesaikan beberapa kerja di kaherah
ak smpai dekat satu tempat bernama "ramsis"
tmpat ni ibarat mcm KL Sentral la
boleh gi mana2
dr situ, aku ambil 1 "tremco" yg dok jerit
"TOOONTOOO, TOOONTOOO"
ejaan mmg lah tanta, tp sebutan mcm tu
haha, agak sengal

ni gmbar tremco bagi siapa2 yang x tau :)

masa tu brother tremco tu x dpt sorg pon lg customer
so aku kena tunggu lg 13 orang utk dtg
baru tremco ni boleh gerak ke tanta
so x pe la, ak masuk je la dalam tremco smbil tunggu customer lain
aku bawak kluar handphone aku
and ak cucuk headphone
kbtolan masa tu wayar headphone ak pendek
so ak x leh nak letak dlm beg handphone tu
ak letak kat atas beg je
kemudian melayan pelbagai lagu dengan khusyuknya

"TIK TOK TIK TOK"

setelah hampir 30-40 minit tunggu
akhirnya penuh gk tremco ni
ak duduk btol2 blakang driver
and kat sebelah ak ad sorg pemuda arab
dipendekkan cerita akibat terlalu khusyuk mndengar lagu
ak tido spanjang pjalanan ke tanta
sedar2, dah x lama lagi nak smpai tanta
and pemandu tremco tu mintak bayaran kat smua passenger
ak tngok jam kat tangan
hampir pukul 2 pagi
yang peliknya, dlm tremco kan gelap.. 
selalu aku akan tngok jam dekat phone
sbb jam tangan kan kena tekan lampu dia bru leh nmpk
tp masa tu x terfikir pon nk tngok kt phone
then, ak tnya dkt pemuda arab sebelah ak tu brapa harga

"lau samah. kam ugroh?"
(excuse me, brapa tambang?)
dan dia jawab 
"tamaniah wa nus"
(LE 8.50)

ak pon kluarkn duit dr dompet
bagi kat pemuda tu
then, trus terlelap
pergh, penat btol kan
x lama lepas tu, aku terjaga 
smpai la kat kawasan jambatan "maarad"
rumah ak kat area ni la
ak turun dengan mamai
bile ak dah kluar tremco
ak baru tringt handphone aku
aku cek dlm poket seluar, baju, jacket
handphone ak x da!!
tremco tu dah blah da
ak rasa handphone tu jatuh dlm tremco
perasaan aku masa tu Allah je yang tau
pukul 2 pagi
mana ad teksi nak minta tolong kejar tremco tu balik
ak dok hnya boleh sebut ulang2

"tolong ak Ya Allah"

ak rasa lemah sngt
dah macam orang gile ke hulu ke hilir tepi jalan besar fikir jalan penyelesaian
entah mcm mane
tibe2 terjumpa 1 kumpulan budak melayu jalan tengah2 malam
ak terus gi cakap and mintak tolong call handphone aku
dering ada, tp x ada orang angkat
aku tringat yang aku silent phone tu
ak dah buntu gile
budak2 melayu td mintak diri nak beredar
so aku sorang2 lagi kt situ
ak tunggu kat kawasan tunggu "tut-tut"
tp x de pon tut-tut kat situ
smua dah tdo

ni ha gmbar tut-tut

takdir Allah
aku nampak dr jauh tremco mcm familiar
bile dekat skit, ak tngok btol tremco td
sbb aku ingt muka brother tu
dia bawak laju gila
ak mmg berserah dah sbb x tau mcm mana nak suruh dia stop
tp tbe2, dia stop sekejap bawah jambatan maarad td
aku pon ap lg
entah mana dtg kudrat yang ak ada
dah lama x berlari, ak berlari kejar tremco td tu
sambil jerit2 and lambai2

"YA RAIS!! ISTANNA, ISTANNA!!"
(wahai pemandu! kejap, kejap!)

then brother tu prasan and dia berhenti
phewww~ lego den
tanpa buang masa aku trus buka pintu tremco
then aku jerit

"ALHAMDULILLAH"

walaupon x jumpe lagi phone aku
kuang3
aku cari punye cari
3 kata je aku leh ucap
kecewa, hampa, sedih
mmg x ada dah handphone ak kat situ
brother tu cakap
if ad dia jumpa nnt, dia akan call no yang ad dlm phone tu
aku cakap ok dengan senyuman kelat
ak tutup pintu tremco and pulang ke rumah dengan rasa sedih sngt


sampai je kat rumah
ak tngok Firdaus (housemate) x tdo lg
ak pinjam phone dia utk call no aku
tp, kali ni
dah masuk voice mail
maknanya orang tu dah tutup phone aku
juga bermakna, ak x akan dpt jumpa dah phone tu
serius sedih oh!
esoknye kan hari jumaat
lepas solat jumaat
ak gi smula tmpat turun tremco tu
kot2 ad phone ak kat situ
bkn skali je.. bnyk kali jugak la ak gi situ
dengan harapan dpt jumpa phone
serius lama gak la ak nak cure from the sadness
mungkin bagi orang lain
hilang phone perkara kecil
boleh beli baru kan?
tp bagi aku tak
phone tu bnyk kenangan
tu la phone pertama aku yang ada colour, MP3
mmg aku syg sngt2 
walaupon boleh dikire "lopek" if banding dgn orang lain punye phone
haha
mama aku dah nasihat supaya bersabar
ak yakin bahawa

"SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA"

p/s: everything yang kte syg dlm dunia ni, x selamanya akan bersama dengan kte, be strong :)