Sunday 5 August 2012

Summer Activity

Assalamualaikum
for this new post
i would like to write my story in English
can ah? can ah?
if Ahmad Azhar Misran can do it
i also can do it maa
wahaha
seriously susah gak nak speaking ni
so tak jadi la
ak prefer berbalik pada bahasa melayu
or bahasa rojak ke
or tak kisah la bahasa apa pon
ni blog aku, suka hati la nak tulis macam mana!!!
got problem huh?!

wuuuu.. budak ni comel


hmmmm
berdasarkan title post ni
dah boleh agak kot nak cerita apa
cerita tentang aktiviti musim panasku!
YYYEEEAAAYYY!!
Alhamdulillah selamat sampai ke Kuala Lumpur dekat sebulan lepas
bertarikh 10 Julai 2012
disambut oleh keluarga tercinta
actually kalau ikut perancangan awal
tahun ni tak rasa pun nak balik Malaysia
ingat nak stay di Mesir
menikmati musim panas lebih 41 darjah
menunggang unta dengan pelbagai cara
teeett!
kalau hampa nak tau
dekat tempat aku tak nampak pun unta
yang ada  cuma keldai je
aku nak tunggang keldai takut kaki dia patah
so, berhenti la fikir bila sebut mesir je terbayang unta
aku sarankan korang bile sebut mesir
terbayang la belly dancer ke
best kot, seksi gile, tengok ni

gambar terpaksa di edit sebab nampak pusat


WOOOHHAAAAA!!!
teeettt!!
maaflah mengarut skit
sumpah aku tak pernah lagi pergi benda maksiat macam ni
baik tak aku?
~meow meow meow~
bila sebut Mesir
ingat la pasal sejarah Nabi Musa A.S
ingat balik sejarah Salahuddin Al-Ayubi
ingat la pasal keindahan Sungai Nil
banyak sejarah islam yang ada pada Mesir ni
bukan terbayang unta, padang pasir,
and penari gelek perut lelaki yang macam gay
wakwakwkakaa

OK DAH!!
let's get back to our title
miahaha.. mengarut lebih
dekat mana ya tadi?
oo, tentang balik Malaysia
so tahun ni aku balik sebab ada kerja
parents aku minta tolong untuk bantu berniaga dekat warung kami
best best best
aku suka kot berniaga-niaga ni
aku tak suka sangat keuntungan
buktinya aku tak pernah kira berapa jualan aku
setiap hari aku terus ambil duit and bagi pada mama aku
dengan erti kata lain

"KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI"

wooohaaa~~
ok, here is the story
sebelum masuk bulan ramadhan hari tu
maknanya bulan syaaban
korang tau tak sebelum ramadhan tu syaaban!?
incase tak tau, sila ambil tahu
aku jual something yang simple je
yela, aku ni bukannya reti memasak sangat
just buat goreng pisang, keropok
bila aku menjual goreng pisang ni
baru aku tau goreng pisang pon ada banyak jenis
sebagai contoh yang aku jual
pisang nangka and pisang sematu @ abu
pisang nangka ni kalau makan
rasa macam masam and keras sikit
kalau pisang sematu @ abu tu
rasa manis dan lembik-lembik
so, depends pada customer dia nak pisang apa
tapi, kalau customer yang tak tau macam aku dulu
order je nak pisang goreng
aku pon bagi je la apa yang ada atas meja tuh
meh aku share sikit gambar

tempat menjual

pisang goreng. yang ni pisang nangka. gambar keropok lupa nak ambil

working place (^_^)


tapi tak lama pon aku jual macam ni
around 2 minggu je kot
then dah masuk bulan puasa
bila masuk bulan puasa
tukar la menu lain
kuih yang aku buat cuma 1 je
tak larat dan tak pandai nak buat banyak2
boleh buat tauhu sumbat je
senang and simple
kuih yang lain semua orang hantar
and kami charge 25sen dari setiap RM1 yang mereka dapat
kira macam bayar sewa tapak la
ni aku titipkan sedikit gambar
dan ayuh kita mengenali nama-nama kuih!

yang ini tauhu sumbat, ni je yang kami buat sendiri, kuah mama aku buat sedap gila bila makan dengan tauhu sumbat ni! tobat tak tipu!

atas tu seri muka (RM1=3),  bawah tu sekaya (RM1=2)

 kanan kuih lapis, kiri puteri ayu. ayu gila aku hampir tergoda (both RM1=3)

kiri tu namanya kuih kaswi
haaaahh!!
yang kanan ni
ni cerita panjang sikit
namanya cara manis
(both RM1=3)
serious sedap gila la kuih ni
dalam banyak-banyak kuih
kuih ni la aku paling tergila-gila
sebab apa?
sebab dia sedap la
kalau sapa yang tak tau
cara manis ni dalam dia ada cecair yg manis
so bila makan
time mengunyah tu
cecair dalam kuih tu meletup dalam mulut
wooohoooo!!
kesedapan yang tak terhingga
sedap weh.. berbuka hari ni aku nak bedal lagi!

kiri kuih sagu, kanan kuih gulung (both RM1=3)

kiri kuih bengkang bawang (RM1=3), kanan kuih cara berlauk (RM1=5)

ada lagi la kuih lain yang aku tak sempat nak ambil gambar
asam gumpal, roti jala, badak berendam kukus, dodol kukus, karipap, popia, lompat tikam, pulut panggang
kalau tak kenal, try la google, mungkin ada
tapi setiap hari ada 1 benda yang aku tak suka
tak suka kalau kuih banyak tak habis
kesian rasa dekat orang yang tak habis tu
selalunya diorang tak ambil balik kuih tu
diorang suruh kami ambil
and kami akan sedekah la dekat masjid yang berdekatan
so kepada siapa-siapa yang rasa bersimpati dengan mereka ni
meh la datang gerai aku dan borong semua kuih sekali
dan aku akan dapat upah lebih
muahaha
nonsense and main2 je
serius aku tak nak diorang rugi
meh datang meh
(^_^)

aku pun akan bedal skit kuih yang tak habis tu terutama cara manis! tapi tak la sampai habis. so korang jangan terkejut la tengok nanti aku makin sihat, dah hidup aku dikelilingi syurga kuih. nak buat macam mana ye dok? teeheee














p/s: result aku dah keluar, teruk nak mati result aku! tak tau la apa nak jadi. mungkin banyak sangat dosa. itupun nasib Allah bagi peluang kedua september ni untuk usaha, kalau tak, memang konfirm tak naik tahun la. kesian parent aku sebab aku balik tak boleh tolong lama kat gerai. sob3. sapa yang berjaya tu tahniah la. walaupon korang dah penat dapat ucapan tahniah. bersyukurlah


p/s2: walaupun seseorang tu tak sekolah agama and tak dapat ilmu macam budak sekolah agama dapat, tak semestinya dia tak tau what do and dont dlm bulan ramadhan ni. tau niat baik nak ingatkan. tapi depends tempat la. jangan tiba-tiba serang sampai orang  rasa dipandang rendah. padahal orang tu buat je amalan tu.

"hahaha! gemuk tu tak tau apa!"

wth, ko pon gemuk gak! bo0o0! pffftt~


No comments:

Post a Comment